90bc5i

Pemakluman

Pengenalan

Laterbelakang Program

Program Usahawan Muda ‘SME Bank 90-Days Biz  Challenge’ adalah sebuah program tanggungjawab korporat Kumpulan SME Bank yang dilaksanakan bagi mewujudkan lebih ramai usahawan muda dari golongan belia. Program berbentuk pertandingan ini telah bermula pada tahun 2015 dan diadakan setiap dua setahun. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik dan memupuk pelajar – pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti dalam bidang Keusahawanan dan menyediakan peluang kepada pelajar untuk menjadikan bidang Keusahawanan sebagai kerjaya utama mereka. Program yang berbentuk Keusahawanan ini mensasarkan pelajar – pelajar yang mengikuti Program Inkubator Keusahawanan di Politeknik dan Kolej Komuniti di seluruh Malaysia yang memerlukan para pelajar mendaftarkan perniagaan dan membuka sebuah syarikat. Setiap pasukan terdiri daripada empat orang pelajar dan seorang pensyarah pembimbing.

Program ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM45,000.00 dalam bentuk wang tunai, trofi dan sijil penyertaan.

Para peserta yang menyertai pertandingan ini akan secara automatic menjadi  ahli Alumni SME Bank 90-Days Biz Challenge. Sebagai ahli, mereka akan mendapat akses kepada pelbagai maklumat mengenai pembiayaan dan menyertai program – program Keusahawanan yang dianjurkan oleh Kumpulan SME Bank.

Pendaftaran Penyertaan

Penyertaan pertandingan ini dibuat secara atas talian melalui portal www.YourSuccessOurStory.com. Setiap pasukan dikehendaki menghantar borang penyertaan beserta kertas rancangan perniagaan yang lengkap untuk menyertai pertandingan. Kesemua penyertaan dan kertas rancangan perniagaan akan dibuat penilaian oleh panel juri berdasarkan kepada aspek pengurusan, pasaran, Kewangan dan teknikal. 20 pasukan /penyertaan terbaik akan dipilh ke peringkat akhir dan mereka akan diberikan wang modal sebanyak RM1,000.00 untuk memantapkan perniagaan.

Boot Camp

20 pasukan finalis dikehendaki untuk menghadiri sesi boot camp selama 3 hari 2 malam yang akan diadakan sebelum pertandingan akhir bermula. Semasa sesi boot camp, setiap pasukan akan diberikan pendedahan lanjut mengenai teknik untuk membuat pembentangan akhir (pitching), penyediaan laporan perkembangan perniagaan dan ceramah motivasi yang akan dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Usahawan (EDD), SME Bank.

Video Perkembangan Perniagaan

Bagi menjadikan pertandingan ini lebih menarik, setiap pasukan finalis perlu menghasilkan 2 video perkembangan kemajuan perniagaan mereka. Video – video ini akan dimuat naik secara berperingkat sebelum pertandingan akhir di Facebook rasmi SME Bank dan setiap pasukan finalis perlu menyebar luas video tersebut untuk mendapatkan undi ‘like’ daripada orang ramai. Setiap undi ‘like’ yang diperolehi akan diberikan markah semasa pembentangan akhir.

Peringkat Akhir

Di peringkat akhir, setiap pasukan finalis dikehendaki membuat pembentangan mengenai kemajuan perniagaan mereka di hadapan panel juri dan markah yang diberikan oleh panel juri akan diaudit oleh firma audit bertauliah bagi menentukan pemenang pertandingan.