y biz 2015

InfoGambarVideo

Senarai Pasukan Yang Layak Ke Peringkat Akhir SME Bank Y-Biz Challenge 2015

SMK Chaah

Produk
  • FleXsea
Nama Kumpulan
  • CUTE (Cuba Untuk Tingkat Ekonomi)
Nama Guru Pembimbing
  • Shahril Bin Ali
  • Sumini Binti Solatin
Nama Ahli Kumpulan
  • Nur Amalia Bte Zahid
  • Atiyah Raihanah Bte Abd. Razak
  • Nur Fadhilah Bte Aris
Objektif
  • Membolehkan khemah-khemah lama  digunakan semula
  • Menjimatkan kos pembelian khemah baru 
  • Menambah bilangan khemah sedia ada yang boleh digunakan untuk   tujuan perkhemahan atau pembelajaran.
Matlamat
  • Membolehkan penggunaan semula khemah-khemah terbiar akibat kayu penyokong hilang atau patah tanpa melibatkan kos yang tinggi supaya aktiviti kokurikulum yang dirancang berkaitan khemah dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Faedah
  • Alat ganti kaki khemah yang rosak atau patah
  • Menjimatkan kos pembelian khemah baru.
Golongan Sasaran
  • Sekolah-sekolah 
  • IPTA/IPTS
  • NGO
  • Orang Perseorangan
Gambar Kumpulan
Gambar Produk

SM St. Michael Penampang

Produk
  • GoGreen Pot
Nama Kumpulan
  • GoGreen Lab
Nama Guru Pembimbing
  • Mariatul Hanis Merani Abdullah
Nama Ahli Kumpulan
  • Achilles Bernard Logijin
  • Christian Isaac
  • Shahrulneezam Aeidee
Objektif
  • Memanfaatkan bahan buangan sebagai alternatif pertanian.
  • Membekalkan nutrien kepada tumbuhan.
  • Menjimatkan masa dan tenaga.
  • Mengatasi masalah serangga perosak
  • Mengekalkan kelembapan tanah
Matlamat
  • Memaksimumkan penggunaan bahan buangan sekali gus  menambah variasi dan pilihan bekas penyemaian dan penanaman anak benih dengan memperkenalkan sebuah produk yang bersifat  mesra alam di samping  mempunyai keunikan dari segi komposisi bahan nutrien  untuk membantu pertumbuhan tanaman secara sihat.
Faedah
  • Biodegradable (boleh reput)
  • Diperbuat daripada bahan buangan ( bekas telur, sabut kelapa, serat batang pisang, serbuk kulit telur, sekam padi dan tepung kanji)
  • Memudahkan proses penanaman anak benih
  • Memberi pelbagai manfaat kepada tanaman
  • Ringan dan mudah dihasilkan
  • Reka bentuk menarik dan bervariasi.
Golongan Sasaran
  • Pekebun sayur
  • Pengusaha nurseri
  • Suri rumah
  • Pekebun sekolah
  • Penggemar tanaman hiasan
Gambar Kumpulan
Gambar Produk

Madrasah Idrisiah

Produk
  • E-pro Buster
Nama Kumpulan
  • MIDIC 15
Nama Guru Pembimbing
  • Syed Muhammad Azhan Bin Syed Hassan
Nama Ahli Kumpulan
  • Muhammad Asyarf Bin Abdul Razak
  • Muhammad Iskandar Zulkuranain Bin Muhammad Zairi
  • Muhammad Amirushsyahmi Bin Zaidie
  • Basheer Azdi bin Shahizan
Objektif
  • Satu bahan sebatian yang dicipta untuk menghalau haiwan perosak sama ada di luar atau pun di dalam rumah.
Matlamat
  • Untuk mengurangkan haiwan perosak dan penggangu yang sering mengganggu para petani dan isi rumah.
Faedah
  • Sebagai produk penghindar haiwan perosak dan penggangu yang menggunakan kaedah “pee territory” dan ‘bio-security’.
  • Menyelamatkan para petani,,penternak dan penghuni isi rumah daripada gangguan haiwan perosak.
Golongan Sasaran
  • Keluarga
  • Komuniti sekolah
  • Masyarakat setempat
  • Penggemar aktiviti luar
Gambar Kumpulan
Gambar Produk

SMK Taman Daya 2

Produk
  • Flamourous
Nama Kumpulan
  • Dynamic Square
Nama Guru Pembimbing
  • Muhammad Nabil Bin Abdullah
Nama Ahli Kumpulan
  • Nur Khairin Nadhirah Binti Saifudin
  • Khairunnisa Binti Mohd Sani
  • Nur Zahirah Binti Abdul Khalid
  • Nur Anisa Binti Abd Aziz
Objektif
  • Menggunakan pokok bunga kertas dengan optimum.
  • Meningkatkan lagi kadar kebersihan alam sekitar dan kawasan sekolah .
  • Memanfaatkan lagi pokok bunga kertas dengan lebih efisien
Matlamat
  • Menjalankan kajian mengenai kemampuan bunga kertas
  • Mencipta penghalau serangga yang mesra pengguna
Faedah
  • Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan  menghargai sumber alam.
  • Memaksimumkan penggunaan sesuatu bahan agar menyumbang kebaikan dalam kehidupan seharian.
  • Mewujudkan sumber ekonomi.
  • Wujud sebagai bahan pengganti yang formatif.
  • Membantu menjadi pemangkin kepada peningkatan ekonomi negara pada masa akan datang.
  • Pencetus idea agar lebih banyak penghasilan produk inovasi yang berasaskan tumbuh-tumbuhan atau sumber alam yang masih lagi tidak dikaji potensinya.
  • Kaedah alternatif  yang digunakan untuk mengawal kekurangaan bahan mentah di dunia dapat dipelbagaikan.
Golongan Sasaran
  • Suri Rumah
  • Pekerja/Syarikat Pembersihan
Gambar Kumpulan
Gambar Produk

Kolej Vokasional Taiping

Produk
  • Foot Stand For Junior Pilion Rider-FS-JPR15
Nama Kumpulan
  • KVTai
Nama Guru Pembimbing
  • Mohd Israr Bin Mohamed Hassan
Nama Ahli Kumpulan
  • Abu Bakar Bin Muhammad
  • Mohamad Fitri Bin Mohamad Fu’ad
  • Muhammad Izzat Aiman Bin Idrus
Objektif
  • Satu alat yang dicipta untuk alat sokongan menambahbaik perehat kaki belakang motosikal bagi menyelesaikan masalah kaki tergantung bagi pembonceng kanak-kanak.
Matlamat
  • Untuk mengurangkan risiko kemalangan kaki tersepit ke dalam rim motosikal, memberi keselesaan pada pelapik kaki  pembonceng motosikal kanak-kanak dan memberi keyakinan pemandu motosikal.
Faedah
  • Sebagai alat sokongan yang berfungsi mengurangkan kemalangan kaki tersepit di dalam rim motosikal.
  • Memberi keselesaan kepada pembonceng kanak-kanak meletakkan kaki di tempat yang sesuai.
Golongan Sasaran
  • Syarikat-syarikat pengeluar Motosikal.
  • Kedai-kedai aksesori motosikal.
Gambar Kumpulan
Gambar Produk

SM Sains Tuanku Syed Putra

Produk
  • Hydro Fertilizer
Nama Kumpulan
  • S’Putra Victory
Nama Guru Pembimbing
  • Noridah Binti Yangman
Nama Ahli Kumpulan
  • Puteri Nurfarahliana bt. Mansor 
  • Ilyana Syafiqa bt. Md Saad 
  • Sarah Nurdini bt . Sabry
Objektif
  • Menghasilkan baja organik berkualiti yang berkuasa menyimpan air bagi kegunaan pokok
Matlamat
  • Menjimatkan penggunaan air yang digunakan untuk menyiram tanaman 
  • Mengelakkan berlakunya banjir kerana pembuangan lampin pakai buang yang boleh menyumbatkan longkang 
  • Mengurangkan bau busuk lampin pakai buang yang ditinggalkan dalam tempoh yang lama
Faedah
  • Mengurangkan kekerapan kadar penyiraman tanaman sebanyak 50%.
  • Menyubur dan menggalakkan pertumbuhan tanaman dan memberikan kebanyakan nutrient yang diperlukan oleh pokok
  • Membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar seperti pencemaran bau dan air 
  • Murah berbanding baja lain yang dijual di pasaran
Golongan Sasaran
  • Peladang
  • Petani
  • Suri rumah
Gambar Kumpulan
Gambar Produk

Sekolah Seri Puteri

Produk
  • My Elaies Eximo Plus (MLX)
Nama Kumpulan
  • Grandiloquent
Nama Guru Pembimbing
  • Habsah Bt Ahmad
Nama Ahli Kumpulan
  • Nor Fatihah Akma Abd Manaf
  • Hanna Dahlan
  • Rushazwene Ameena Rosli
Objektif
  • Penggunaan MLX yang bertindak sebagai penyerap minyak.
  • Bau tengik yang dikeluarkan oleh minyak mentah (cecair hidrokarbon) dapat dikurangkan menggunakan MLX.
  • MLX sebagai alternatif dalam menyelesaikan masalah pertumpahan minyak petroleum yang berkesan dan menggunakan kos yang lebih rendah dan selamat berbanding kaedah-kaedah yang lain.
Matlamat
  • Mengurangkan kadar masalah pertumpahan minyak petroleum di laut dan di darat.
  • Menggunakan bahan-bahan terbuang yang mesra alam.
  • Menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai sistem pembuangan yang efektif berkaitan sisa perladangan terutamanya kelapa sawit.
Faedah
  • Dapat menjamin keselamatan dan keaslian alam sekitar.
  • Dapat melindungi ekosistem flora dan fauna tanpa menyebabkan sebarang perubahan negatif.
  • Mengurangkan penggunaan bahan-bahan kimia yang berbahaya untuk menjaga alam sekitar.
  • Menjimatkan kos.
  • Dapat meningkatkan ekonomi dan pemasaran negara Malaysia terutamanya dalam pemasaran bahan-bahan yang berunsurkan kelapa sawit kepada negara-negara yang tidak mempunyai iklim yang sesuai bagi penanaman kelapa sawit.
  • Dapat membantu Malaysia ke arah negara yang lebih sistematik terutamanya dalam penyelenggaraan bahan buangan di negara ini.
  • Menjana pendapatan kepada negara selain mewujudkan peluang pekerjaan.
Golongan Sasaran
  • Syarikat perkapalan, syarikat minyak dan syarikat pemprosesan kelapa sawit
  • Suri rumah, mekanik dan pengusaha restoran dan kedai makan.
Gambar Kumpulan
Gambar Produk

SMK Maran

Produk
  • mOdOME
Nama Kumpulan
  • Maran Inventor Ver 3
Nama Guru Pembimbing
  • Mohd Nizam Bin Hashim
Nama Ahli Kumpulan
  • Rabiatul Amirah Binti Zulkifli
  • Adzliza Binti Rahmat
  • Intan Syalina Binti Mazlan
  • Nur Syazwani Binti Hazilan
Objektif
  • Mengintegrasikan makanan dan minuman ke dalam satu peralatan.
  • Melindungi makanan dari segala pencemaran oleh serangga.
  • Memberi kemudahan dan keselesaan pengguna dengan rekabentuk yang futuristik.
  • Mengurangkan penggunaan kutleri di atas meja makan.    
Matlamat
  • Dapat menjimatkan penggunaan ruang meja makanan.
  • Memudahkan pengambilan makanan dan minuman dari bekas yang disediakan.
  • Tetamu akan nampak lebih bersopan dalam menikmati juadah yang sedia terhidang.
  • Penutup makanan tidak perlu diasingkan untuk mengambil hidangan.
  • Makanan lebih terjamin kebersihannya.
Faedah
  • mOdOME ini dapat membantu para tetamu menikmati jamuan makan dengan rasa lebih selesa.
  • Penggunaan kutleri dapat dikurangkan dengan pengabungan beberapa fungsi disatukan dalam satu peralatan.
  • Kawasan meja menjadi lebih kemas dan teratur kerana kurangnya alatan di atasnya.
  • Makanan lebih terjamin kebersihan kerana ia sentiasa tertutup.
  • Pengambilan air minuman yang mudah dengan kawalan pengunci dihujung salur air.
  • Makanan mudah diambil kerana tray tempat yang diisikan makanan boleh ditarik kepada tetamu.
Golongan Sasaran
  • Suri rumah
  • Pemilik Katering
  • Pemilik Hotel
Gambar Kumpulan
Gambar Produk

Kolej Vokasional Nibong Tebal

Produk Filter 6.6
Nama Kumpulan KETAPPA
Nama Guru Pembimbing Ng Kam Lee
Nama Ahli Kumpulan
  • Muhamad Syarulnizam Bin Don
  • Muhammad Fahmi Bin Adnan Torek
  • Muhamad Izzudin Bin Ridzuan
Objektif
  • Mengkaji tahap keberkesanan bahan tapisan yang digunakan di dalam penapis air yang direkabentuk untuk tujuan kegunaan harian.
  • Menghasilkan komponen penapis (DIY) dengan penjimatan kos belian dan penyelenggaraan berbanding harga penapis sedia ada di pasaran.
Matlamat
  • Menentukan kualiti air hujan yang dituai selamat digunakan untuk tujuan pencucian dan mematuhi standard kualiti air (WHO). Selain itu, ianya juga bertujuan mengenalpasti perbezaan kualiti air hujan setelah melalui proses tapisan.
Faedah
  • Menghasilkan air minum daripada air hujan yang biasanya dialirkan terus ke longkang, setelah merawatnya terlebih dahulu dengan peralatan inovasi yang dihasilkan. PH air dipertingkatan ada bacaan 6.6 melepasi 6.5 kadar yang dibenarkan oleh WHO. Dalam penapis dimasukkan daun ketapang dan batu Kristal. Air yang ditapis akan melepasi laluan ini.
  • Daun ketapang merupakan bahagian paling berkhasiat sekali. Daun yang digunakan mestilah dibersihkan dan ianya berupaya menyembuh pelbagai penyakit. Batu Kristal mempunyai keupayaan elektromagnet yang kuat. Ianya dapat mempengaruhi medan magnet  yang terdapat di dalam tubuh badan manusia atau lebih popular dengan istilah AURA. Apabila berlaku kekurangan / masalah kepada aura di dalam tubuh badan manusia, dikatakan batu Kristal ini mampu mempengaruhi serta membaiki medan magnet ini.
Golongan Sasaran
  • Semua pengguna kediaman persendirian, bangunan awam, dan pelbagai lapisan masyarakat. Sasaran utama kepada Majlis Perbandaran atau Dewan Bandaraya yang menyelenggara tandas awam yang memerlukan air bersih untuk pembersihan tandas dan kegunaan pengguna.    
Gambar Kumpulan
Gambar Produk

Kolej Tunku Kurshiah

Produk
  • SPIXHAUST
Nama Kumpulan
  • ASTERIVA
Nama Guru Pembimbing
  • Norizan Mohd Darawi
Nama Ahli Kumpulan
  • Haney Karmila Kaswadi
  • Nurhafizah Ishak
  • Siti Nur Najwa Othman
  • Alya Hannah Abdul Rahman
Objektif
  • Projek SPIXHAUST kami mempunyai beberapa objektif. Pertama, kami menjalankan kajian ini untuk sama ada spider plant ini boleh menyerap karbon monoksida atau tidak. Selain itu, kami juga ingin mengetahui amaun spider plant yang sesuai yang diperlukan untuk SPIXHAUST menyerap gas karbon mnoksida pada tahap yang maksimum. Seterusnya, kami ingin mengetahui RPM yang paling sesuai untuk meningkatkan tahap penyerapan gas karbon monoksida. Akhir sekali, kami ingin mengkaji ketahanan SPIXHAUST dan ketahanan spider plant di dalam sistem ekzos dalam proses penyerapan gas karbon monoksida.
Matlamat
  • Matlamat projek dan kajian kami adalah untuk menghasilkan SPIXHAUST dengan jayanya supaya kami dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa yang terkorban akibat menghirup udara yang mengandungi gas beracun seprti karbon monoksida. Kami yakin dengan alat ciptaan kami pasti dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di seluruh dunia terutamanya pada peringkat awal iaitu di Malaysia. Selain itu, kami juga ingin membantu  golongan yang tidak berkemampuan untuk turut sama menggunakan produk kami dengan mengurangkan kos alat tersebut semampu kami. Hal ini demikian supaya semua golongan masyarakat dapat menjaga kepentingan hidup masing-masing dan memastikan keadaan alam sekitar kekal bersih. Semoga semua manusia di muka bumi ini dapat hidup dengan sihat dan bebas pencemaran.
  • “KESELAMATAN masyarakat dapat DISELAMATKAN dengan adanya SPIXHAUST sebagai agen PENYELAMAT bagi memastikan semua pihak TERSELAMAT. “
Faedah
  • Sebagai alat untuk menyerap gas karbon monoksida yang berbahaya daripada sistem ekzos kereta.
  • Merupakan teknologi yang berharga berpatutan dan dapat dimiliki oleh semua golongan masyarakat.
  • Dapat mengekalkan kualiti udara dan memastikan semua pihak hidup dalam keadaan yang sihat dan selesa.
Golongan Sasaran
  • Penduduk bandar.
  • Pengguna jalan raya.
  • Perniagaan automotif.
Gambar Kumpulan
Gambar Produk

Gambar