ds14iv

InfoFotoVideo

Poster

YBiz2016 Posterx1

Senarai Pasukan Yang Layak Ke Peringkat Akhir SME Bank Y-Biz Challenge 2016

SBP Integrasi Rawang

Produk
  • Essential Fan
Nama Kumpulan
  • SEPINTAR Young Inventors
Nama Guru Pembimbing
  • Sakinah Binti Yusoff
Nama Ahli Kumpulan
  • Abdullah Hafeez Bin Zulkefli
  • Mohamad Zahin Bin Mohd Zakian
  • Izzatul Nasuha Binti Feizal
  • Dze Fathi Binti Md Razeef
Objektif
  • Produk kami, Essential Fan. Produk ini dicipta bagi menggantikan penggunaan minyak angin di dalam botol kepada kipas tangan yang digunakan sebagai alternatif mengurangkan penyakit migrain atau pening kepala.
Matlamat
  • Menjamin keselamatan pengguna.
  • Mengelakkan daripada kulit pengguna terhakis disebabkan terlalu banyak minyak angin disapu secara terus pada kulit.
  • Memudahkan para pengguna adalah menyelesaikan masalah mereka seperti pening kepala dan selalu mengantuk.
Faedah
  • Mudah dibawa kerana ringan dan tidak berminyak, bukan seperti minyak angina di dalam botol.
  • Kipas tangan yang digunakan adalah daripada habuk-habuk kayu yang terbuang yang telah dimampatkan. Oleh itu, kos kipas tangan dapat dikurangkan berbanding menggunakan kipas tangan daripada kayu bahayu.
  • Pencemaran juga dapat dikurangkan kerana bahan terbuang dapat dikitar semula.
Golongan Sasaran
  • Golongan pelajar yang sering mengantuk di dalam kelas.
  • Golongan yang sering menghadapi masalah migraine, sakit kepala dan yang sering mengalami selesema yang teruk.
  • Golongan dewasa yang bekerja.
Gambar Kumpulan
Gambar Produk

Sekolah Seri Puteri

Produk
  • Tanjung Bark Extract : One step closer for the nature of Healthcare
Nama Kumpulan
  • Beauty Queens
Nama Guru Pembimbing
  • Noorlatika Binti Sidek
Nama Ahli Kumpulan
  • Siti Aisyah Binti Ali
  • Nur ‘Aliah Nabilah Binti Zairol Hisham
  • Nurul Hanina Binti Haniff
  • Nisa Hananie Binti Mohd Zamri
  • Adlina Hanisah Binti Aidie
Objektif
  • Menghasilkan produk pembersihan dan kecantikkan kulit daripada bahan semula jadi menggunakan ektrak pokok bunga tanjung (Mimosup elengi L) yang selamat digunakan oleh semua peringkat usia.
  • Menghasilkan produk kecantikkan bebas bahan kimia merbahaya yang efektif dalam membersih, mencerahkan dan mengembalikan keanjalan serta keremajaan kulit. 
  • Memaksimumkan penggunaan pokok bunga tanjung dengan penghasilkan produk kecantikkan dan pembersihan.
  • Mendedahkan ahli kumpulan kepada pengalaman sebenar dalam menerokai dunia perniagaan dan pemasaran.
Matlamat
  • Penghasilan produk pembersihan dan kecantikkan ini datangnya dari idea untuk menerokai kegunaan lain pokok bunga tanjung yang banyak ditanam sebagai hiasan semata-mata. Kajian menunjukkan pokok bunga tanjung sangat berkesan sebagai bahan pembersihan dan juga penjagaan kulit.  Hasilnya, lahirlah produk pembersihan dan kecantikkan berasaskan ekstrak pokok bunga tanjung yang bebas bahan kimia merbahaya dan selamat digunakan untuk semua peringkat usia.
Faedah
  • Pengguna dapat menggunakan produk pembersihan dan kecantikkan yang diyakini selamat untuk digunakan satu keluarga tanpa mengira peringkat umur.
Golongan Sasaran
  • Semua pengguna pelbagai kaum, usia (kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua), lelaki dan perempuan serta pengguna-pengguna dari pelbagai negera yang berbeza samada di barat, timur, utara atau selatan.
Gambar Kumpulan
Gambar Produk

SMK Buloh Kasap

Produk
  • Swiephylla Lotion
Nama Kumpulan
  • Ingeniours Young Inventor
Nama Guru Pembimbing
  • Nurmiza Binti Misnan
Nama Ahli Kumpulan
  • Munirah Suhada Binti Mahdzir
  • Nor Hazlinda Binti Shahrilnizam
  • Nur Yuhanis Binti Ishak
  • Najjua Atika Binti Ismail
Objektif
  • Mempelbagaikan kegunaan buah tunjuk langit
  • Mengurangkan masalah penyakit yang disebabkan oleh nyamuk
Matlamat
  • Menghalang gigitan nyamuk
Faedah
  • Memperkenal dan mengkomersialkan  produk herba tempatan.
Golongan Sasaran
  • Keluarga
  • Komuniti sekolah
  • Masyarakat setempat
  • Penggemar aktiviti luar
Gambar Kumpulan
Gambar Produk

SMK Puchong Perdana

Produk
  • Perdana Creamy Licious
Nama Kumpulan
  • BB Innovation Team SMKPP
Nama Guru Pembimbing
  • Salina Binti Janis
Nama Ahli Kumpulan
  • Muhammad  Nazim  Syahmi bin  Said  Ja’afar 
  • Batrisyia binti  Badrun 
  • Ainnur Izzati binti Baharudin 
  • Nurdiyana binti Zulkifli 
  • Syaedi  Syafrilnizam bin  Zamri
Objektif
  • Memperkenalkan buah belimbing buluh kepada pasaran
  • Mendedahkan khasiat belimbing buluh  kepada masyarakat
  • Menarik minat orang tempatan dan juga pelancong terhadap produk daripada belimbing buluh
Faedah
  • Dapat memperkenalkan perisa aiskrim belimbing buluh yang setanding dengan aiskrim berperisa yang telah berada di pasaran
  • Dapat  mengenengahkan khasiat belimbing buluh yang merupakan buah tempatan yang kurang digunakan dalam manisan
  • Dapat menjana pendapatan melalui aktiviti jualan aiskrim belimbing buluh
Golongan Sasaran
  • Pelajar sekolah
Gambar Kumpulan
Gambar Produk

SMK Sanzac

Produk
  • Chantek-Sira Soap
Nama Kumpulan
  • Sanzac Warriors
Nama Guru Pembimbing
  • Norlyziah Binti Ali Hussein
Nama Ahli Kumpulan
  • Shernah Binti Ahmad Kamal
  • Nurul Syafinah Binti Naim
  • Norsimah Binti Rajik
  • Nurina Suaidah Binti Salim
  • Sulpian Bin Yunus
Objektif
  • Menggalakkan pengguna menggunakan produk semula jadi 
  • Mengatasi masalah kulit yang dihadapi oleh golongan remaja dan dewasa
  • Mencapai keuntungan melalui perniagaan yang berorientasikan penjagaan kecantikan dan kesihatan sekaligus meningkatkan gaya hidup masyarakat
Faedah
  • MEMBERSIH : Membersih dan menjaga kulit secara rutin dan berterusan
  • MERAWAT : Merawat masalah kulit seperti jerawat, kudis buta, panau dan kulit, melecur
  • SKRUB : Menyental kulit secara semula jadi sekaligus membuang sel kulit mati pada kulit
  • ANTI – BAKTERIA : Mengekalkan keselesaan kulit sepanjang hari khasnya untuk golongan yang aktif
Golongan Sasaran
  • Remaja
  • Dewasa
  • Golongan kulit bermasalah
  • Berumur 15 – 64 tahun
Gambar Kumpulan
Gambar Produk

SMK Tengku Intan Zaharah

Produk
  • Rakaat Tracker
Nama Kumpulan
  • IQ Movers
Nama Guru Pembimbing
  • Mohd Sapawi Ab Ghani
Nama Ahli Kumpulan
  • Syafiz B Omar
  • Fazrul Irman B Hairulnizam
  • Noor Natasya Eirdyna Binti Hairulnizam
  • Sarah Sofia Bt Wan Shukri
Objektif
  • Membolehkan golongan muslim mengerjakan solat tanpa sebarang keraguan atau waswas tentang bilangan rakaat yang telah ditunaikan
  • Memperbaiki kualiti ibadah solat
Faedah
  • Meningkatkan keyakinan diri terhadap ibadah solat yang    dikerjakan dikalangan pengguna produk ini
Golongan Sasaran
  • Kanak-kanak yang sedang mempelajari solat serta golongan 
  • Warga emas terutamanya pengidap alzheimer
Gambar Kumpulan
Gambar Produk

SMK Tengku Intan Zaharah

Produk
  • Pereskia Gel For Visual Treatment
Nama Kumpulan
  • The Genius Y-Scientist
Nama Guru Pembimbing
  • Tengku Saudat Binti Tengku Bakar
Nama Ahli Kumpulan
  • Farid Zikri Bin Mohd Pauzi
  • Muhammad Iqmal Farhan Bin Mohd Rashdi
  • Alif Ikmal Bin Omar
Objektif
  • Melestarikan pokok herba tempatan iaitu pokok Duri tujuh (pokok tujuh Bilah)
  • Mendedahkan khasiat Daun Duri Tujuh yang baik untuk mata
  • Menyedarkan masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan mata
  • Membantu memulihkan  masalah penglihatan dalam kalangan masyarakat seperti masalah rabun jauh, rabun silau, katarak dan AMD (Age Mocular degeneration)
Faedah
  • Dapat membantu golongan bermasalah menikmati hidup dengan lebih bermakna
  • Memanfaatkan herba tempatan yang kaya dengan pelbagai khasiat
  • Menggunakan produk tempatan yang lebih selamat dan bebas dari bahan kimia
Golongan Sasaran
  • Kanak-kanak
  • Remaja 
  • Dewasa
  • Warga emas
Gambar Kumpulan
Gambar Produk

SMK Taman Daya 2

Produk
  • Sensaction!
Nama Kumpulan
  • Dynamic Square
Nama Guru Pembimbing
  • Muhammad Nabil Bin Abdullah
Nama Ahli Kumpulan
  • Haziq Azhari Bin Zainal Abidin 
  • Nureen Firzana Binti Azman 
  • Norhasniza Binti Ahmad 
  • Nadhir Bin Mohd Noor
  • Muhammad Aqil Fahmiruddin
Objektif
  • Meningkatkan kesedaran orang upaya tentang kekurangan orang kurang upaya (OKU) penglihatan
  • Memberi peluang kepada OKU penglihatan mempelajari Bahasa Inggeris dengan efektif, menyeronokkan serta memberi pengalaman yang luar biasa
  • Merapatkan jurang antara OKU penglihatan dan orang upaya dari peringkat keluarga hingga seluruh masyarakat dunia
  • Menjadi medium perpaduan yang berkesan dalam memupuk kesedaran di kalangan masyarakat berkaitan OKU penglihatan sekaligus mengeratkan silaturrahim antara mereka
Faedah
  • Masyarakat – merapatkan jurang antara orang upaya dan OKU penglihatan
  • Ekonomi – Meningkatakan peluang pekerjaan kepada OKU penglihatan melalui pendidikan yang berkesan
  • Negara –  Memangkin usaha negara ke arah negara maju melalui cakna hal-hal OKU dan juga menjadi produk yang mampu bersaing di persada antarabangsa
  • Alam Sekitar –  Pengunaan bahan kitar semula yang maksimum dapat memberi impak positif bagi pengunaan bahan terbuang yang optimum bagi jangka masa panjang
Golongan Sasaran
  • Masyarakat OKU penglihatan
  • Guru – guru serta pelajar – pelajar upaya dan OKU penglihatan 
  • Seluruh keluarga serta masyarakat di Malaysia dan di dunia
Gambar Kumpulan
Gambar Produk

Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor

Produk
  • Eco – Nomic Ink Semashur
Nama Kumpulan
  • Warisan Sdn. Bhd.
Nama Guru Pembimbing
  • Lisneza Binti Roseli
Nama Ahli Kumpulan
  • Muhammad Najihan Bin Mohd Norber
  • Muhammad Aiman Bin Mahadzir
  • Norerysha Shahiera Bt Mohd Zulhisham
  • Alya Arifah Binti Azali
  • Nor Natasha Izatie Bint Nazim
Objektif
  • Mencipta satu produk daripada bahan terpakai dan murah seperti minyak hitam terpakai, arang kayu dan alkohol iaitu eco-nomic ink semashur.
  • Mengurangkan pencemaran yang berlaku berpunca daripada pembuangan minyak hitam terpakai.
  • Mempelbagaikan penggunaan semula minyak hitam terpakai.
  • Mencipta dakwat pen papan putih yang mampu menyelesaikan masalah pen papan putih konvensional.
Faedah
  • Mampu milik
  • Mesra pengguna
  • Mesra alam
Golongan Sasaran
  • Warga sekolah, universiti dan sektor pendidikan
  • Warga pejabat di sektor perkhidmatan dan pentadbiran
  • Usahawan dan peruncit alat tulis
  • Orang awam
Gambar Kumpulan
Gambar Produk

SMK Seri Kenangan

Produk
  • Flexy Bookstand
Nama Kumpulan
  • Nodflex
Nama Guru Pembimbing
  • Sakinah Binti Yusoff
Nama Ahli Kumpulan
  • Nur Hamizah Binti Azmi
  • Nur Nadhirah Fathiah Binti Anuar
  • Alya Maisara Binti Ahmad
  • Hanis Najihah Binti Wahid
  • Nur Aina Syahirah Binti Yusri
Objektif
  • Menghasilkan produk rak buku yang fleksibel dan mampu mengatasi masalah buku tidak tersusun. mat :
  • Menjadikan produk ini sebagai alat yang boleh dipasang sendiri (diy) dan mampu memudahkan susunan buku secara kemas dan berkesan
Faedah
  • Fleksibel
  • Jimat kos
  • Tahan lama
  • Boleh ditempah secara khas
Golongan Sasaran
  • Pelajar sekolah
  • Perpustakaan
  • Pejabat
Gambar Kumpulan
Gambar Produk
Foto

Sesi temubual bersama Juara Pertandingan SME Bank Y-Biz Challenge 2016' di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1, 6 Disember 2016.

Sesi temubual bersama Juara Pertandingan SME Bank Y-Biz Challenge 2016' di dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, 22 November 2016.

Sesi temubual bersama Juara Pertandingan SME Bank Y-Biz Challenge 2016' di dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3, 12 Oktober 2016.